Sunday, February 24, 2008

KURSUS KEYNOTE

Hari ini dan kelmarin saya berada di BTPN Kelantan kerana mengikuti Kursus Penerbitan Bahan Berasaskan Web menggunakan aplikasi Keynote. Para peserta terdiri daripada pihak PKG Kelantan dan seorang Guru Cemerlang daripada sekolah-sekolah pilihan mengikut PKG.

Kursus telah berjalan dengan lancar dan telah dapat memberikan pengalaman dan input yang cukup berguna kepada peserta. Kursus telah dikendalikan oleh En. Shah Apple yang terkenal itu dan dibantu oleh En. Kang juruteknik komputer daripada KBK Computers selaku dealer Apple bagi negeri Kelantan.

Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BTPN Kelantan yang telah menganjurkan kursus ini untuk manfaat guru-guru terutama guru-guru cemerlang di seluruh pelusuk Kelantan khususnya di samping memberikan maklumat berguna kepada pihak PKG Kelantan amnya.